Sabtu, 31 Mac 2012

Kelantan FA



Padang Stadium Kelantan
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) berhasrat mengemukakan permohonan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk menjadikan Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu sebagai gelanggang perlawanan antara skuad Olimpik negara dengan Lebanon pada 23 Jun depan.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, hasrat tersebut telah mendapat persetujuan Ahli Majlis KAFA agar permoho- nan tersebut disampaikan kepada AFC melalui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk dipertimbangkan.
“Hasrat tersebut perlu dipertimbangkan oleh FAM dan AFC. Sekiranya ia berjaya, Kelantan bersedia menyediakan satu suasana boleh sepak yang ‘hidup dan penuh’ bagi memberi sokongan padu kepada skuad negara.
“Saya sudah sampaikan perkara ini secara tidak rasmi kepada AFC dan sekarang masanya untuk permohonan itu dibuat secara rasmi. Kita mahu tengok bola sepak dimainkan dalam suasana yang hidup dengan stadium penuh sesak,” kata Annuar semalam.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup Pesta Sukan dan Permainan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mene- ngah Rendah Zon Timur 2011 (SUPER) di MRSM Pasir Tumboh semalam.
Annuar melahirkan keyakinan sekiranya perlawanan tersebut diadakan di Kota Bharu,penyokong Kelantan sendiri akan memakai baju kuning dan biru untuk memberi sokongan padu kepada skuad bimbingan Ong Kim Swee.
Annuar memberitahu, selain daripada sokongan dan kemeriahan semata-mata, semua pihak perlu memandang positif perkara itu sebagai salah satu cara menggalakkan semua pihak menjaga kualiti stadium dan padang masing-masing.
“Bila kita buat macam ini, maka akan meningkatkan kesedaran untuk menaik taraf stadium masing-masing untuk memenuhi piawaian- piawaian tertentu.
“Dengan itu, ia menggalak- kan pembangunan. Kita boleh galakkan perbadanan stadium supaya meningkatkan kualiti padang, bilik persali- nan, malah fasiliti media sekalipun,” tegasnya.
Skuad Olimpik negara akan beraksi menentang Lebanon dalam pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 pada 19 dan 23 Jun depan.
Perlawanan yang akan dilangsungkan secara timbal balik itu bakal diadakan terlebih dahulu di Lebanon dan kemudiannya di Malaysia.
Sumber : Kosmo Online

Kelantan Raih Tiga Mata



Juara bertahan, Kelantan terus raih 3 mata berharga dalam saingan Liga Super 2012 selepas membenam cabaran Felda United dengan keputusan 5 – 1.Dengan kemenangan ini Kelantan berjaya meraih 26 mata dalam 11 perlawanan diikuti rapat pasukan dari Singapura Lions XII di tempat kedua dengan 24 mata dari 12 perlawanan.
Di Stadium Sultan Muhammad malam tadi, Nwoha berjaya menjaringkan 2 gol dan 3 gol lagi masing masing dijaringkan oleh Farhan, Indraputra dan Badhri Radzi manakala gol saguhati Felda United hasil dari rembatan jarak jauh pemain muda Felda iaitu Azrul Ahmad.
Selepas ini Kelantan FA akan bertemu Arema Indonesia dalam saingan Piala AFC pada 4 April 2012 Jam 8.40 dijangka berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu.


sumber : kelantanfa.com

Kelantan Malukan Felda


Penyerang import Kelantan, Nwoha Onyekachi (kiri) diasak pemain Felda United di Stadium Muhammed IV, Kota Bharu, semalam. - MIngguan/Aizzul A. Majid

KUALA LUMPUR - Pendahulu Liga Super, Kelantan terus garang di persada liga apabila membelasah pasukan kedua tercorot liga, Felda United, 5-1 di Stadium Sultan Muhammed IV di Kota Bharu bagi kekal di tangga teratas liga dengan 26 mata.
Pemain import Kelantan, Nwoha Onyekachi yang sebelum ini dikritik hebat persembahannya muncul watak penting kemenanganThe Red Warriors apabila menjaringkan dua gol awal bagi pasukan tuan rumah.
Nwoha membuka tirai jaringan seawal minit ke-3 tetapi dapat disamakan pemain Felda, Azrul Ahmad, seminit kemudian.
Pada masa kecederaan separuh masa pertama, Nwoha kembali meletakkan tuan rumah di hadapan 2-1 sebelum Kelantan mengamuk pada separuh masa kedua dengan tiga lagi jaringan melalui Mohd. Norfarhan Mohamad (minit ke-66), Indra Putra Mahayuddin (minit ke-67) dan Mohd. Badri Radzi (minit ke-80).

Jumaat, 30 Mac 2012

Kelantan bawa bekalan selesa ke halaman sendiri...


Menjelang sepak mula perlawanan malam ini, skuad anak buah Bojan Hodak akan memastikan kemarau kemenangan sepanjang tahun ini ketika menghadapi perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil akan di langsaikan. Sebagai penyokong yang sering turun ke Bukit Jalil, mereka juga berharap Kelantan dapat menebus kekecewaan mereka sebelum dengan mempamerkan aksi permainan yang menarik selain menang perlawanan ini.
Semua pemain utama akan diturunkan pada malam ini termasuk Norshahrurl dan Indra Putra. Perlawanan ini amat penting kepada semua pemain bagi menghargai keyakinan seluruh penyokong setia Kelantan meskipun di atas kertas SPA FC adalah lawan daripada Liga FAM. SPA FC akan turun tanpa tekanan penyokong dan target tinggi sudah pasti akan mengharungi 90 minit dengan aksi yang lebih fokus dan tenang.
Perlawanan suku akhir pertama ini adalah penentu peluang Kelantan di suku akhir kedua Kota Bharu. Walau apapun keputusannya pada malam ini, Penyokong Kelantan harus bersedia menerima keputusannya dan membantu kebangkitan pada malam ini dan 27 mac nanti.
Terima kasih kepada seluruh penyokong The Red Warriors. GOMO KELATE GOMO
sumber : theredwarriors.com

Anuar Sudah Sedia Terima Hukuman ?


Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau bersedia menerima hukuman yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib jika benar dirinya dianggap bersalah.
Namun katanya, pada masa yang sama, FAM perlu realistik dalam menjatuhkan hukuman itu kerana jika silap, hukuman berkenaan akan dilihat sesetengah pihak sebagai satu “salah pentafsiran” yang akan memburukkan lagi keadaan.
“Apa yang saya khuatir akan berlaku salah tafsir dan jika berlaku salah tafsir akan berlaku ketidakadilan… ini perlu penelitian lebih lanjut (jika berlaku perkara itu) dan kongres perlu buat penambahbaikan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau juga tidak mahu menjangkakan apa bentuk hukuman yang bakal diputuskan nanti kerana khuatir ia akan menimbulkan persepsi lain dan semua pihak perlu menghormati apa sahaja keputusan jawatankuasa itu.
Annuar berkata, beliau akan membawa seseorang yang arif dalam bidang undang-undang ketika menghadap jawatankuasa berkenaan bagi membantunya menjawab segala pertuduhan yang dikenakan gara-gara secara terbuka mengkritik prestasi skuad kebangsaan di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal sebelum ini.
Katanya, FAM perlu melihat daripada sudut mana kesalahan itu dijatuhkan kerana pada masa itu beliau hanya menjawab soalan wartawan mengenai persembahan pasukan negara.
“Ketika itu Presiden dan timbalan tidak ada dalam negara dan saya pada waktu itu mewakili FAM yang jika saya tidak menjawab soalan mudah dari rakan wartawan ketika itu adalah tidak baik untuk persatuan dan saya boleh dihukum jika tidak menjawabnya pula seolah-olah saya tidak bersedia dan tidak bertanggungjawab,” katanya.
Dalam pada itu, Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah berkata, Annuar dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin badan induk bola sepak negara pada 4 April ini kerana didakwa secara terbuka mengkritik prestasi skuad kebangsaan di bawah kendalian Rajagobal di media.
Baginda bertitah, Annuar perlu berdepan dengan jawatankuasa itu kerana tindakannya ternyata melanggar peraturan badan induk bola sepak negara kerana apa yang dilakukannya merupakan satu kesalahan yang amat besar.
“Bila kita buat satu benda yang bodoh, yang menyalahi undang-undang, kita kena berhadapan dengan tindakan itu,” katanya di Kuantan. Sultan Ahmad Shah bertitah, Annuar sepatutnya lebih arif mengenai peraturan yang telah ditetapkan FAM kerana Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lalu telah menyatakan bahawa hal FAM tidak wajar disebar kepada media tetapi patut dibawa berbincang dengan jawatankuasa berkenaan.
Baginda bertitah, Annuar sepatutnya lebih tahu mengenai peraturan itu kerana ketika mesyuarat Exco baru-baru ini telah diberitahu oleh Tengku Abdullah supaya jangan lantang memberi keterangan kepada media tanpa kebenaran FAM.
Antara pertuduhan ke atas Annuar ialah melanggar Statut FAM dengan membuat kenyataan akhbar, di mana hanya Presiden FAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM saja boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan.
Annuar juga dituduh melanggar titah Timbalan Presiden FAM ketika mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lalu iaitu hal-hal FAM tidak wajar disebar kepada media dan sepatutnya dibawa berbincang dengan jawatankuasa tersebut.
Sebelum ini, bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar digantung tiga tahun pada 1991 dan Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd Akil dua kali digantung iaitu pada 2001 (empat tahun) dan 2006 (setahun) kerana mengkritik FAM. – Bernama

Fokus Ke Liga Super



Norshahrul Idlan Talaha sudah disahkan pulih daripada kecederaan dan sudah bersedia untuk beraksi


SELEPAS berjaya menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik dalam saingan Piala FA, Kelantan kini kembali fokus untuk mempertahankan kedudukan mereka di persada Liga Super apabila dijadualkan turun menentang Felda United di Kota Bharu malam ini.
Aksi di Stadium Sultan Muhammad IV dengan disaksikan ribuan penyokong setia, The Red Warriors pastinya mahu memanfaatkan peluang tersebut ketika kedudukan mereka kini semakin dihimpit oleh pasukan Lions XII dan Terengganu.
Pengurus pasukan, Azman Ibrahim berkata, cabaran pasukan Felda United tidak harus dipandang mudah oleh para pemainnya biarpun pasukan tersebut sedang bergelut untuk keluar daripada zon penyingkiran.
Menurutnya, pasukan yang terkenal dengan jolokan The Settlers itu memiliki ramai pemain berbakat yang mampu mengejutkan pasukan lain, termasuk Kelantan sekiranya tidak diberikan perhatian.
“Mereka (Felda United) mempunyai pemain yang cukup sempurna tetapi mungkin ada beberapa faktor lain menyebabkan kedudukan mereka kini tidak begitu baik dalam liga. Bagi saya, mereka bukan pasukan yang mudah untuk ditewaskan.
“Pemain-pemain seperti Faderin Kadir, Norizam Salaman, Azrul Ahmad dan beberapa lagi pemain mampu memusnahkan impian kita. Mereka harus diberikan perhatian dan sudah tentu kita mahu keputusannya memihak kepada kita,” katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, persiapan Kelantan masih belum sempurna kerana beberapa pemain tonggak masih belum dapat diturunkan ekoran kecederaan tetapi dengan barisan pemain yang ada, kekosongan tersebut mampu diisi oleh pemain lain.
Katanya, apa yang menggembirakan kem Kelantan ialah kembalinya penggempur sensasi mereka, Norshahrul Idlan Talaha yang kini sudah disahkan pulih daripada kecederaan dan sudah bersedia untuk beraksi.
“Segalanya bergantung kepada jurulatih, sekiranya perlu kita akan menyenaraikan Norshahrul kerana jadual kita untuk bulan April cukup padat.
“Kita perlu berhati-hati dalam mengatur penggiliran pemain kerana jadual perlawanan cukup padat, terutamanya dengan kesemua aksi adalah penting, termasuk separuh akhir Piala FA dan perlawanan Piala AFC menentang Arema Malang dari Indonesia,” ujarnya.
Jelasnya, kesilapan dalam mengadakan sistem penggiliran tersebut mungkin mendedahkan pemain terhadap risiko kecederaan serta sindrom kepenatan yang pastinya memberi kesan kepada prestasi pasukan.
Dalam pada itu, Azman turut mengulas mengenai persembahan pemain importnya, Nwoha Onyekachi yang mempunyai tempoh kurang sebulan untuk terus mempamerkan aksi terbaik dalam usaha memikat pihak pengurusan untuk mengekalkannya dalam pasukan.
“Tarikh tutup pendaftaran pada 16 April dan dia (Nwoha) mempunyai cukup masa untuk membuktikan kemampuannya untuk terus kekal dalam pasukan dan kita mengharapkan dia mampu memberikan impak kepada pasukan,” jelasnya.
sumber : kelate.net



Kieta Mandjou disambar ?



KOTA BHARU – Prestasi hambar barisan penyerang import Kelantan sejak kebelakangan ini mungkin dianggap menemui titik penyelesaiannya apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dikhabarkan berjaya memancing khidmat bekas pemain import Perak musim 2004 hingga 2007, Keita Mandjou.
Mandjou yang kini beraksi dengan kelab Pune FC dalam Liga India itu difahamkan bakal mengikat kontrak untuk beraksi bersama The Red Warriors dalam baki saingan Liga Malaysia musim ini.
Menurut sumber dalaman Kafa, kunjungan Presidennya, Tan Sri Annuar Musa ke India sejak Ahad lalu dilihat satu usaha untuk membawa pemain berusia 32 itu beraksi dengan Kelantan.
“Kehadiran Mandjou pasti memperkuatkan jentera serangan setelah beberapa penyerang import sebelum ini dilihat gagal memberikan sumbangan berkesan kepada Kelantan dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
“Langkah ini dianggap bertepatan memandangkan pintu pendaftaran pemain import kali kedua akan dibuka pada 2 April ini oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Jadi ini merupakan masa terbaik bagi Kelantan dalam mencari pemain import yang lebih bagus.
Ketika ini Kelantan mempunyai tiga penyerang import iaitu Onyekachi Nwoha, Mohammad Ghaddar dan Denny Antwi. Namun Ghaddar dan Antwi didaftar beraksi dalam Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (Piala AFC) sementara Nwoha pula beraksi dalam Liga Super.
Seorang lagi pemain import ialah bekas pemain kebangsaan Nigeria, Obinna Nwaneri yang beraksi di posisi pertahanan. Namun segala-galanya bergantung hasil perbincangan pihak pengurusan dan pengendali pasukan, Bojan Hodak dalam menstrukturkan semula barisan pemain import The Red Warriors selepas ini.
Mandjou, 32, pemain kelahiran Guinea sebelum ini turut dikaitkan perpindahan dengan pasukan lamanya, Perak. Beraksi sebanyak 42 perlawanan sepanjang mewakili pasukan Seladang, Mandjou dianggap salah seorang penyerang import paling menonjol apabila meledakkan 36 gol bersama pasukan
tersebut.
Selain pernah memenangi anugerah Kasut Emas pada musim 2005/06 dengan 17 gol, Mandjou yang kini mewakili Pune FC turut menjaringkan 12 gol daripada 17 penampilannya bersama kelab yang kini menduduki tangga kelima daripada 14 pasukan dalam Liga India itu.
Sumber : kelate.net tq kelate.net


Khamis, 29 Mac 2012

Jom Kita Teguhkan Sokongan !


Saban hari mula terbongkar siapa individu gunting dalam lipatan yang sering memberi imej buruk kepada penyokong Kelantan dalam setiap laporan di media cetak mahupun media di atas talian. Jika isu berkaitan politik, rakyat Kelantan sudah lali menerima segala tohmahan malah yang terbaru media seolah-olah memberi gambaran tiada rakyat Kelantan yang cemerlang dalam keputusan SPM dan STPM. Inilah hakikat yang harus diterima oleh penyokong Kelantan apabila laporan terkini media-media sukan juga bagai terpalit dakyah ini apabila kerap melancar serangan memperlekehkan presiden dan pasukan Kelantan serta turut melibatkan seluruh pencinta bolasepak Kelantan sejak awal bulan ini.
Jika insiden membaling mercun roket di stadium Shah Alam ke arah bangku pemain dan pegawai Selangor digembar-gembur berulang-ulang kali di kaca TV, begitu juga sejarah hitam rusuhan penyokong 2009 dan insiden membakar kerusi di stadium Nasional Bukit Jalil sentiasa dijadikan titik hitam untuk memburukkan penyokong Kelantan seperti kejadian itu berlaku setiap tahun. Namun pelik pula insiden penyokong Sarawak menyerang kawasan pegawai dan pemain simpanan dengan mercun dalam perlawanan Sarawak menentang Lions XII 17 mac lalu bagai dilenyapkan seolah-olah tiada apa yang perlu dihebohkan.

Pihak media seperti menerima arahan jika insiden buruk Kelantan semuanya "OK", bukan Kelantan simpan dulu. Melihat situasi ini, seluruh penyokong Kelantan disaran bersatu hati menepis segala serangan ini, tiada lagi wadah yang dapat menyatukan seluruh rakyat Kelantan kecuali melalui wadah sukan bolasepak iaitu sukan nombor satu rakyat Kelantan. Lupakan sejenak mempolitikkan The Red Warriors untuk kepentingan mana-mana parti, meskipun gelombang pilihanraya mula membadai segenap ceruk kampung di Kelantan.
Kita harus bersedia berlapang dada melalui pengalaman dua bulan yang lalu apabila jumlah kehadiran stadium menerima impak kerana rasa tidak puas hati dengan mesej-mesej politik yang merugikan, terimalah hakikat hanya aksi skuad The Red Warriors sahaja yang mampu melupakan perit jenuh rakyat Kelantan kepada perniagaan, perkerjaan dan politik yang kekadang memecahbelahkan mereka.
Sememangnya sukar mencari hati dan jiwa sepertimana yang ada pada seluruh penyokong The Red Warriors, dari kecil anak-anak mereka sudah di didik menyarung jersi pasukan kesayangan mereka sehinggalah mereka mampu memimpin rakan dan sanak saudara serta keluarga ke stadium. Malah di saat badan keuzuran atau sakit, mulut mereka masih lagi bertanya khabar mengikuti perkembangan semasa pasukan kesayangan mereka meskipun sekadar mengetahui keputusan semasa perlawanan. Amat menakutkan juga kepada si kaki bangku atau pemegang status kelahiran rakyat Kelantan kerana mereka juga harus bersedia mengetahui serba sedikit tentang pasukan mereka, apa tidaknya fenomena terkini lebih ramai penyokong setia wanita lebih hebat mengikuti dan memahami info semasa pasukan TheRed Warriors berbanding segelintir lelaki yang hanya bersedia apabila Kelantan menjejak kaki ke final untuk bersedia menjadi ulat-ulat tiket.

Oleh itu tidak hairanlah fenomena luar biasa penyokong Kelantan dan kehebatan pasukan sentiasa menjadi tumpuan pengkritik mahupun pencinta bolasepak Malaysia kerana setiap isu-isu yang dikaitkan dengan mereka akan mendapat sambutan hangat samada perit atau bangga untuk di terima. Apalah sangat dengan isu yang mahu menghentam untuk melariskan jualan atau tontonan jika stadium pasukan sendiri pun tidak pernah penuh lagi. Dengan ini kita harus bersatu hati mengekalkan kehebatan The Red Warriors tanpa mempedulikan media mahupun kontroversi yang dicipta untuk mengambil kesempatan daripada kerancakan bolasepak Kelantan dan Malaysia. Mungkin sudah tiba masanya setiap isu panas dibiarkan sejuk oleh penyokong Kelantan sendiri iaitu memboikot seketika media tempatan yang merosakkan emosi darah wira merah, hanya dengan cara ini sahajalah kita mampu mengubah persepsi penggiat media supaya lebih bertanggungjawab dan adil dalam setiap laporan sukan mereka. Amat malang jika jadual dan carta perlawanan pun sering tersilap cetak, sehingga Kelantan pernah tersenarai antara pendahulu pasukan Liga Perdana dan Liga Super.
Di jiwa seluruh penyokong Kelantan mahupun Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa hanya mahu melihat kehebatan dan kerancakan yang melanda Kelantan di rasai oleh seluruh pasukan bolasepak di Malaysia. Jika pendokong bolasepak besar Malaysia sendiri merasakan setiap kegagalan tidak boleh ditegur atau dikrtik, maka cukuplah rasanya kita sebagai peminat bolasepak Malaysia meletak harapan yang tinggi pada skuad negara dengan sekadar menatap piala yang sudah dimenangi sebelum ini dan menjadi jaguh di asia tenggara atau terus berbangga dengan sejarah lampau Mokhtar Dahari yang pernah menewaskan Jepun, Arsenal dan pasukan tersohor luar negara suatu masa dulu. Menyertai pertandingan hanyalah syarat kerana menjadi ahli FIFA, AFC, AFF dan terus gagal bersama jutaan pelaburan dibawah nama pembangunan bolasepak untuk piala yang di sertai walaupun ia kononnya dibangunkan atau dibentuk dalam tempoh lebih 5 tahun.
Menggamit kenangan 5 tahun dulu, ramai juga yang memandang sinis atau mncemuh idea Tan Sri Annuar Musa bercita-cita menjadikan Kelantan sebuah pasukan juara. Namun selepas 5 tahun impian melihat Kelantan sebuah pasukan kerdil dari Liga Perdana menjadi kenyataan, kini pasukan ini telah berjaya buat pertama kali merangkul kejuaraan Piala Malaysia, Piala Liga Super dan melangkah ke final Piala FA serta buat julung kali juga beraksi di arena bolasepak antarabangsa dalam saingan Piala AFC . Selain mampu menyakinkan penaja-penaja menaja sebuah pasukan dari negeri yang di iktiraf paling daif. Jesteru itu tidak peliklah jika ada dari kalangan kononnya pencinta bolasepak melancar serangan ke atas Tan Sri Annuar Musa yang cuba mengubah situasi semasa bolasepak Malaysia yang seolah-olah makin lesu di kala peminat bolasepak Malaysia sudah kembali menyokong dan menyarung jersi pasukan kesayangan mereka. Status kegagalan semasa rupanya langsung tidak boleh dikritik oleh Timbalan Presiden yang kini menghadapi pertuduhan oleh Jawatankuasa FAM. Apalah sangat kritikan peminat bolasepak jika kritikan timbalan presiden pun mahu di hukum. Perlu diingatkan kepada yang memperlekehkan kejayaan ini kerana kejayaan yang dicipta adalah daripada kosong. "From zero to hero"

Seluruh peminat The Red Warriors akan berdiri teguh di belakang Tan Sri Annuar Musa, jika ditakdirkan dipecat atau dihukum oleh FAM. Ramai juga berharap baiklah kiranya Tan Sri Annuar memberi fokus 100% kepada The Red Warriors yang memerlukan tumpuan dan kudrat Tan Sri Annuar. Biarkanlah skuad Malaysia terus di ampu oleh media-media yang hanya mementingkan kocek mereka sahaja. Jika ramai yang menganggap faktor kekayaan negeri menjadi faktor utama kejayaan sesebuah pasukan, anda sebenarnya silap, jika benar sudah pasti pasukan seperti Johor, Melaka dan Pulau Pinang mampu menjadi pencabar utama bolasepak di Malaysia. Persatuan Bolasepak Kelantan di bawah pimpinan Tan Sri Annuar yang mendapat sokongan ribuan penyokong bolasepak The Red Warriors berjaya membuktikannya. Jumlah penyokong dan tadbir urus yang baik adalah penentu kejayaan sesebuah pasukan.
Terima kasih kepada seluruh penyokong Kelantan yang sentiasa setia memberi sokongan. Inilah masanya untuk kita terus menjadikan The Red Warriors sempadan politik demi untuk melihat kejayaan sebuah pasukan tercinta. Sungguhpun presiden bergiat aktif dalam politik kerana pengalaman luasnya masih diperlukan, bagi kita sebagai generasi yang celik dan bijak apakata kita butakan mata pekakkan telinga demi melihat bolasepak Kelantan terus menjadi benteng politik dan kekal mencabar. Kini misi tugas kita sekarang adalah memastikan Kelantan melangkah ke final Piala FA, oleh itu perlawanan menentang SPA FC 24 dan 27 mac sangat memerlukan sokongan seluruh penyokong Kelantan. Tanpa anda akan sunyi sepilah stadium keramat stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Sultan Muhammad ke 4.
AYUH INILAH MASANYA KITA TUNJUKKAN PADA MALAYSIA, PENYOKONG KELANTAN AKAN TERUS MEMEGANG STATUS PENYOKONG PALING BERNILAI DI MALAYSIA DAN AKAN TERUS BERSAMA MENYOKONG TAN SRI ANNUAR MUSA. SOKONGAN ANDA SEMUA AMAT DIHARGAI DISAAT PRESIDEN DISERANG DARI SEGENAP PENJURU INI. GOMO KELATE GOMO. PANTANG THE RED WARRIORS MENGAKU KALAH SEBELUM MASUK GELANGGANG.


Sumber : theredwarriors.com

Kelantan On The Top Number 1 !

Carta Buat Masa Ter Kini


MTBL_TEAMMTBL_PLAYEDMTBL_POINTS
1KELANTAN1023
2TERENGGANU1020
3LION XII1020
4T.TEAM1019
5PERAK1016
6SELANGOR1015
7NEGERI SEMBILAN1015
8SABAH1013
9PKNS FC1011
10SARAWAK1011
11JOHOR FC1010
12KEDAH1010
13FELDA UNITED108
14KUALA LUMPUR101



Kelantan On The Top Number 1!


Sumber : http://www.theredwarriors.com/