Perak mungkin terlambat dalam perebutan
mendapatkan penyerang Guinea, Keita Mandjou, 32, bagi disenaraikan
dalam Liga Super yang semakin sengit.
Kini, Perak terpaksa bersaing dengan Kelantan
yang juga berminat menggunakan khidmat bekas penyerang import
Seladang tahun 2004 yang lalu.
Kelantan telah bergerak lebih pantas bagi
mengikat Keita apabila Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa),
Tan Sri Annuar Musa dilaporkan sudah berada di India sejak 25 Mac lalu.
Annuar dikatakan sedang mengadakan
perbincangan dengan Keita untuk dibawa ke Kota Bharu dalam
usaha memperkuatkan skuad pendahulu liga tersebut.
Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Perak ( Pafa
) berura-ura menghantar pegawainya ke India bagi menilai prestasi
semasa Keita di Pune FC.
Namun begitu, tiada sebarang tarikh ditetapkan
oleh Pafa untuk ke India bagi berbincang lebih lanjut dengan Keita.
Keita sedang beraksi dalam Liga India ( I-League ) bersama-sama
kelab Pune FC yang mana berjaya memenangi anugerah Pemain Terbaik bagi
musim 2010-2011 setelah muncul penjaring terbanyak dengan jaringan 13 gol
bagi kelabnya.
Sebelum ini, Presiden Pafa, Datuk Zainol
Fadzi Paharudin memberitahu bahawa Keita sedia mewakili Perak
walaupun masih mempunyai ikatan kontrak dengan Pune FC sehingga bulan Jun
depan.
Perak terpaksa mengambil penyerang baru apabila
bekas penyerang remaja Serbia, Lazar Popovic gagal menemui sentuhan
gol sejak menyarung jersi Perak.
Pafa sudah mengeluarkan notis penamatan
kontrak Popovic mulai 1 April depan atas kegagalannya menjaringkan
gol.
Rakannya, Michal Kubala akan terus bersama-sama
skuad Seladang setelah mempamerkan persembahan mantap di bahagian
tengah.
Kubala menyumbangkan lima gol dalam saingan
Liga Super menjadi penjaring terbanyak Perak.
Sehubungan dengan itu, Perak telah menguji
empat pemain dari benua Afrika bagi menggantikan Popovic
apabila tingkap pendaftaran pemain dibenarkan mulai 3 April depan.
Keempat-empat pemain itu dari Cameroon, Ghana,
Zambia dan Liberia telah menjalani ujian pemilihan selama dua minggu.
Walau bagaimanapun, Presiden Pafa memberitahu
bahawa keempat-empat tersebut telah pulang setelah gagal menepati
ciri-ciri pemain import yang dikehendaki oleh Perak.
“Pafa akan kritik hebat oleh para penyokong
jika gagal mengambil pemain import yang lebih baik berbanding
Popovic,” jelas Zainol.
Oleh itu katanya, Perak terpaksa membuat
penelitian yang lebih rapi bagi mendapatkan pengganti
penyerang import tersebut.
Kini para penyokong Kejor Yeop Kejor
ternanti-nanti samada Perak berjaya mengikat Keita atau
Kelantan menyambarnya terlebih dahulu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan