Ahad, 1 April 2012

Nwoha Kekal ?

Bojan HodakBojan Hodak  Mahu Kekalkan Nwoha
Jurulatih pasukan Kelantan FA, Bojan Hodak mengakui mahu mengekalkan pemain import kontroversi Nwoha Onyekachi selepas pemain itu menunjukkan prestasi mendadak dalam 3 aksi perlawanan terakhir beliau.“Jika saya ada pilihan saya pasti akan mengekalkan Nwoha Onyekachi sebagai pemain import Kelantan dan dalam 3 perlawanan terakhir beliau menunjukkan aksi yang mantap dan kita akan lihat samada Nwoha akan kekal atau seorang yang lebih baik akan menggantikan beliau”, kata Bojan Hodak.Bagi Nwoha, beliau amat berpuas hati dengan persembahan beliau buat masa ini dan berjanji akan tingkatkan lagi prestasi dalam masa akan datang seandainya di beri peluang untuk turun beraksi lagi.Jendela perpindahan kedua Liga Super Malaysia akan dibuka pada tarikh 2 April ini dan kemungkinan beberapa pasukan akan membuat perubahan dari segi pemain import.
sumber : kelantanfa.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan