Kelantan terus mengganas apabila menjadikan Felda United pula mangsa kebangkitan mereka dengan membelasah Felda United 5-1. Jaringan lima gol ini juga menjadi jumlah jaringan kedua paling banyak dalam minggu ini setelah menang dengan agregat 5-0 dalam saingan suku akhir Piala FA menewaskan SPA FC isnin lalu.
Prestasi semasa pemain-pemain Kelantan dilihat semakin meningkat sejak diambil alih oleh Bojan Hodak. Nwoha Onyekachi yang sebelum ini dilabel pemain import lembik juga menunjukkan peningkatan luar biasa apabila berjaya menjaringkan dua gol awal pada minit 3 dan 42 dalam perlawanan semalam. Jaringan gol lain dijaringkan oleh Norfarhan minit ke 65, Indra Putra minit 67 dan gol penutup pada minit 81 oleh Piya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan