Juara bertahan, Kelantan bangkit dari ketinggalan untuk membenam pasukan Terengganu T-Team dengan keputusan 1 – 2.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah Kuala Terengganu, Kelantan dikejutkan dengan gol Khairul Izwan pada minit ke 53″ namun S.Chanturu berjaya menyamakan kedudukan melalui rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke 67″
Dalam perlawanan yang dilihat seakan berakhir dengan keputusan seri, Ghaddar muncul penyelamat selepas berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke 88″ selepas pemain T-Team dilayangkan kad merah kerana menampan bola dalam kotak penalti.
Tamat Perlawanan Kelantan mengutip 3 mata berharga menewaskan T-Team 2 – 1.
Perlawanan Liga Super 2012 Kelantan seterusnya ialah menentang pasukan Lions XII di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu pada 4 Mei 2012.
sumber : kelantanfa.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan