Pertembungan Sang Kijang menentang Sang Buaya malam esok bakal menjadi tumpuan setelah kedudukan Kelantan di tahta liga berjaya dipintas oleh Lions XII yang mendahului dua perlawanan berbanding Kelantan dan Sarawak pula menang besar menewaskan PKNS 4-1 sabtu lalu iaitu pasukan yang pernah seri dengan Kelantan dalam saingan awal Liga Super 2012.
Sarawak sedang berusaha menurunkan pemain import baru mereka Joel Epalle yang masih dalam proses mendapatkan ITC dan kelulusan FAM manakala Kelantan akan menguji kecergasan penyerang prolifik Malaysia Norshahrul yang dimaklumkan sudah pulih sepenuhnya dan berkemungkinan diturunkan sabtu ini. Kehadiran dua pemain ini akan menarik perhatian penyokong Kelantan dan Sarawak. Malah harapan besar diletakkan oleh penyokong Ngap Sayot ke atas Joel Epalle yang berfungsi sebagai "Attacking Midfielder" untuk merobek kubu Kelantan.
Namun kekebalan barisan pertahanan Kelantan kebelakangan ini mungkin akan memusnahkan impian sang bujang senang meratah mudah sang kijang meskipun sang kijang masuk kandang sang bujang senang. Kegembiraan menan julung kali dalam sejarah Piala AFC tidak akan melalaikan semua pemain untuk memberi fokus 100% kepada setiap perlawanan yang bakal dilalui.
Piya yang makin hebat mengepalai dan mengatur serangan berjaya membantu barisan penyerang mencipta peluang gol. Begitu juga Kebangkitan Nwoha pemain import yang masih tersenarai dalam liga tempatan dilihat akan dicabar hebat Muhd Ghaddar meskipun tiada ura-ura kedua-dua pemain ditukar.
Adakah Nwoha mampu merobek kubu Sang Bujang Senang dan makin berselera memburu? Sama-sama kita nantikan kemampuan pemain ini. Harapan seluruh peminat The Red Warriors, Kelantan terus mengekalkan semangat kemenangan dan menutup mulut pengkritik yang sentiasa menanti ruang untuk melihat Kelantan jatuh tersungkur bersama isu-isu bolasepak semasa Kelantan.
Kelantan mesti waspada dengan misi Sarawak yang menebus aib tewas kepada Kelantan 2-1 semasa perlawanan Piala FA peringkat pertama 18 febuari lalu. Perlawanan ini mungkin sekali lagi mampu menarik ribuan penyokong Sarawak ke stadium dengan harapan The Red Warriors diaibkan.
Jutaan terima kasih kepada Tan Sri Annuar Musa yang sentiasa bersemangat untuk terus menjadi pendokong bolasepak Kelantan tanpa jemu. Sekalung tahniah kepada Dato' Affendi Hamzah yang dipilih memangku jawatan presiden KAFA. Semoga Kelantan terus unggul di persada bolasepak Malaysia dan Asia.
GOMO KELATE GOMO. BOYO NOK NGAP KIJE TENDE BERLIPAK SIRAK....................JANGE KIJE KENO NGAP SUDOH......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan