Ghaddar Berselera di Pentas Antarabangsa
Gol akhir hasil sungkitan bola daripada Muhd Ghaddar yang mendapat hantaran kemas Norshahrul pada minit 83 berjaya membuka peluang Kelantan mara ke peringkat kedua setelah Indra Putra berjaya menyamakan kedudukan pada minit 80 hasil sepakan percuma.
Sebelum itu pada separuh masa pertama Kelantan ketinggalan 1-0 apabila pemain Navibank Saigon Edison Fonseca berjaya membuka jaringan pada minit 34 dan keputusan ini kekal sehingga tamat separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua Kelantan yang melakukan pertukaran membawa keluar Nwoha dan Danny Antwi dengan menggantikan Norshahrul dan Muhd Ghaddar berjaya mengubah rentak permainan Kelantan yang sebelum itu kurang menyerlah di bahagian serangan.
Perlawanan terakhir menentang Ayeyawady United 8 mei di Kota Bharu nanti, Kelantan hanya memerlukan seri untuk memastikan tempat ke peringkat kedua Piala AFC 2012. Kekalahan Ayeyawady dan Navibank hari ini telah membuka peluang Arema FC mengintai slot terakhir sekiranya menang dengan jaringan besar dan Kelantan berjaya menundukkan Ayeyawady United. Perlawanan peringkat kumpulan H Piala AFC terakhir makin menarik dan mencabar kepada semua pasukan dan Kelantan tidak harus berasa selesa jika mahu kekal dalam slot dua pasukan ke peringkat kedua.
Pemain Tidak Mengenal Erti Penat!
Tahniah kepada semua pemain dan seluruh penyokong Kelantan yang sentiasa bertungkus lumus memastikan kegemilangan pasukan Kelantan makin menyinar di bumi asia. Tidak sia-sia persiapan awal Kelantan sebelum ini untuk menjadi pasukan mencabar dalam Piala AFC sudah menampakkan hasilnya bagi sebuah pasukan yang julung kali menyertai Piala AFC. Terima kasih Tan Sri Annuar Musa dan barisan kepimpinan KAFA yang bijak mengatur masa depan pasukan The Red Warriors. Terima kasih juga kepada seluruh penyokong Kelantan yang sentiasa hebat dan bersemangat menyokong pasukan kesayangan mereka. GOMO KELATE GOMO. JOM KE ALOR STAR PULOK...
Kesebelasan pemain:
Khairul Fahmi, Daudsu, Obinna, Rizal Fahmi, Farisham, Farhan, Indra(C), Shakir, Zamri, Denny Antwi, Nwoha
sumber : theredwarriors.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan