Rabu, 25 April 2012

Terikat Dengan Kedah


Penyokong Kelantan dan Kedah
200 Penyokong Kedah Yang Bertandang Ke Stadium Kelantan : Kredit Kepada Uploader
Kelantan gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri selepas hanya sekadar seri 1 – 1 dengan pasukan dari Utara iaitu Kedah FA.
Beraksi di hadapan lebih 20 Ribu Penyokong Setia The Red Warriors, Kelantan dilihat garang menyerang kubu pasukan Kedah dan hasilnya pada minit ke 16″ Norshahrul Idlan Talaha berjaya menjaringkan gol hasil gerakan menarik Badhri Radzi, Ghaddar dan disudahkan dengan bergaya oleh Mat Yo.
Tersentak dengan jaringan Kelantan, Kedah terus melakukan asakan dan pemain import baru Kedah FA iaitu Gero berjaya melakukan larian solo menewaskan 3 pertahanan Kelantan dan seterusnya merembat masuk untuk gol penyamaan Kedah.
Tamat separuh masa pertama Kelantan 1 – 1 Kedah.
Bermula separuh masa Kedua, Kelantan dilihat banyak menyerang walaupun telah kehilangan “playmaker” Badhri Radzi yang digantikan dengan Nurul Azwan Roya kerana mengalami masalah kecederaan pada lewat babak separuh masa pertama.
Pada pertengahan babak kedua, Kelantan dan Kedah terpaksa bermain dengan 10 orang pemain selepas pemain Kedah dan Daudsu dilayangkan kad merah.
Walaupun lebih banyak menyerang pada separuh masa kedua, Kelantan gagal menemui sebarang jaringan gol kerana masalah ketumpulan di jentera serangan dan keputusan 1 – 1 kekal sehingga tamat waktu permainan.
Kelantan akan bertandang ke Stadium Darulaman, Kedah dalam aksi timbal balik separuh akhir kedua piala fa pada 1 Mei 2012.
Pada aksi separuh akhir lain menyaksikan Sime Darby berjaya mengejutkan Juara Bertahan Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah dengan keputusan 2 – 1.
sumber : kelantanfa.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan