Kelantan berjaya membawa pulang satu mata berharga selepas berjaya mengikat pasukan Sarawak 1 – 1 di Stadium Negeri, Kuching yang disaksikan lebih 25 ribu penyokong pasukan tuan rumah.
Kelantan dikejutkan dengan gol seawal minit ke 13″ menerusi sepakan percuma cantik dari pemain import Sarawak iaitu Guy Bwele.
Kelantan hanya memperolehi gol penyamaan pada minit ke 88″ menerusi jaringan dari Norfarhan Muhammad untuk memberikan 1 mata berharga buat Kelantan FA.
Pada perlawanan tersebut, Kelantan menurunkan Norshahrul Idlan Talaha 15 minit terakhir perlawanan selepas penyerang berbisa itu mengalami kecederaan yang agak lama sebelum ini.
Perlawanan Kelantan seterusnya ialah bertemu Arema Malang di Indonesia dalam saingan AFC CUP pada 10 April 2012 ini.
Sumber : http://kelantanfa.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan