Isnin, 30 April 2012

Penaja Baru Kelantan


Tan Sri Annuar Musa melalui Facebooknya mengumumkan Kelantan FA bakal menerima penajaan dari Syarikat Coklat Terkemuka Dunia iaitu Snickers dalam masa terdekat.
Snickers yang mengaut keuntungan lebih 2 Billion Dollar setiap tahun akan memberikan 10,000 Snickers percuma kepada penyokong setia Red Warriors yang hadir menyaksikan perlawanan Liga Super di antara Kelantan menentang Lions pada 4 Mei 2012 ini di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu.
Selain itu, Snickers Malaysia juga memilih pasukan The Red Warriors untuk menjadi wakil pasukan Malaysia dalam kejohanan yang akan diberitahu kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan